Jangan Lakukan 10 Perkara Ini Ketika Temuduga.





Jangan Lakukan 10 Perkara Ini Ketika Temuduga.

1.Buat lawak ketika sesi temuduga. Jika anda tersilap buat lawak, sudah pasti anda akan di tolak mentah – mentah oleh panel temuduga. Simpan sahaja lawak anda itu di luar waktu temuduga.

2.Duduk sebelum panel temuduga duduk. Pastikan diri anda duduk setelah di arahkan panel temuduga. Ikut sahaja arahan mereka.

3.Terlalu banyak senyum sehingga nampak anda seperti berpura – pura senyum. Biarkan senyum itu datang dari hati yang tenang. Senyum secara bersahaja.



4.Terlalu ingin menyakinkan panel temuduga. Cara anda menghuraikan jawapan seolah – olah anda cuba memaksa panel temuduga untuk memahami apa yang anda ingin sampaikan. Jangan lakukan perkara ini kerana ia menerbitkan perasaan menyampah di hati panel pada diri anda.

5.Jangan lakukan perkara yang biasa anda lakukan. Berdiri atau duduk dalam keadaan tegak. Contohnya jika anda selalu garu kepala, elakkan perbuatan itu. Tenang sahaja. Jangan biarkan kebiasaan anda itu menerbitkan rasa tidak senang pada panel temuduga.

6.Bercakap sesuatu yang tidak jelas. Jangan bercakap mengenai perkara yang anda sendiri tidak jelas.

7.Pakai pakaian yang tidak selesa. Pastikan pakaian anda selesa untuk di pakai. Periksa zip seluar anda tertutup dan berdiri di hadapan cermin untuk periksa keseluruhan pakaian anda. Pakailah pakaian yang anda yakin dengannya.

8.Melihat jam di tangan. Jangan sesekali anda lihat jam di tangan walaupun anda rasa anda terlalu lama di soal siasat di dalam bilik temuduga itu.

9.Jangan minum air ketika sesi temuduga. Jangan tunjuk anda tidak tenteram. Tenang sahaja.

10.Jangan jawab soalan dengan jawapan “ Tidak” atau jawapan yang negatif.