3 Cara Tenteramkan Perasaan Takut Ketika Hadapi Temuduga.





Perasaan takut akan menyebabkan diri anda rasa gugup dan panik ketika menghadapi hari temuduga. Untuk elakkan anda dari gugup dan panik, anda perlu beranikan diri dan bersikap positif. Berikut adalah tiga cara untuk tenteramkan perasaan takut.

Cara pertama : Lengkapkan semua persediaan.

Apabila anda lengkapkan semua persediaan, anda akan rasa sangat tenteram. Takut dan perasaan gugup senang sahaja anda boleh telan dan nyahkan ia dari fikiran anda. Rasa yakin akan menguasai pemikiran anda.Anda tiada lagi perasaan ragu โ€“ ragu dan sebagainya.Anda jangan tangguh โ€“ tangguh atau lakukan semua persediaan pada saat terakhir. Sebaik sahaja anda di hubungi untuk hadiri satu โ€“ satu temuduga, terus sahaja anda bersiap sedia.



Cara kedua: Berdoa dan yakin.

Hanya Allah taala boleh beri anda ketenangan dan keberanian. Oleh itu, anda perlu sentiasa berdoa dan yakin Allah taala akan beri pertolongan pada diri anda. Apabila kita berharap dan berdoa pada tuhan yang Esa, kita akan rasa lega dan tenteram.

Cara ketiga : Jaga diri.

Jaga diri anda supaya sihat dan sejahtera. Apabila anda sihat, anda akan rasa lebih yakin. Jika anda sakit, anda akan rasa tidak tenteram. Anda perlu jaga tidur anda. Pastikan tidur anda cukup. Jika tidak anda tidak cukup, anda akan rasa tidak tenteram dan rasa lemah. Ini akan menyebabkan anda rasa takut. Senang cerita, anda jaga kesihatan anda, semuanya akan ok.