Tip Jawab Soalan Temuduga Dengan Bijak





Sebab paling utama anda di panggil untuk hadiri temuduga adalah kerana anda antara calon terbaik yang memohon kerja itu. Oleh itu peluang untuk anda di ambil bekerja adalah tinggi. Cumanya mereka mahu lihat dan uji anda secara berhadapan supaya mereka dapat pekerja yang benar – benar terbaik bagi mereka.Di sebabkan itu, anda perlu beri yang terbaik ketika proses temuduga.

Untuk membantu anda beri yang terbaik ketika proses temuduga nanti, saya sertakan beberapa tip mengenai cara hendak menjawab soalan dengan baik.

1.Jawab soalan dengan ringkas, padat dan tepat. Jangan memanjangkanjawapan dengan ulasan yang melampau – lampau. Jika anda ingin huraikan sesuatu, anda sebut perkara – perkara penting sahaja

2.Apabila anda ingin menjawab soalan, anda pandang terus pada mata panel temuduga yang bertanya soalan itu.

3.Jangan berhenti bercakap. Jangan buat bunyi seperti ‘ ahh’ , ‘ ermmm’ dan bunyi – bunyian yang lain. Jawab sahaja sesuatu soalan itu dengan yakin. Apabila anda faham sahaja soalan yang di tanya, anda fikir sebentar dan terus jawab dengan suara yakin.

4.Sentiasa berfikir positif ketika ingin menjawab soalan yang berbentuk muslihat. Anda tidak perlu berbohong atau mengada – adakan cerita.Fikir positif dan berikan jawapan jujur. Namun, jangan berikan jawapan yang boleh memakan diri anda balik iaitu menjawab soalan dengan jawapan tidak tahu atau tidak. Fikir secara positif dan berikan jawapan yang terbaik anda mampu beri pada setiap soalan.

5.Jangan berkata sesuatu yang negatif. Contohohnya jika anda di tanya mengenai majikan lama, anda jangan mengutuk mereka. Sebaliknya anda jawab dengan nada professional.

Akhir sekali, sebelum anda masuk ke dalam bilik temuduga, pastikan ilmu penuh di dada dan anda sudah bersedia dari segi mental dan fizikal.